MAQASID AL-SYARIAH




POLITEKNIK
 SULTAN HAJI AHMAD SHAH
JABATAN PERDAGANGAN

DUA2022
PENGURUSAN DALAM ISLAM


TAJUK: MAQASID AL-SYARIAH: TUJUAN DAN PERANANNYA DALAM MEMBINA KECEMERLANGAN UMAT ISLAM.


NAMA & NO. PENDAFTARAN:
1) NURUL AFZAN BINTI AHMAD ALI (02DAT18F1075)
2)
NOR SYAHADA BINTI SUHAIZATULAKMAM@SULAIMAN (02DAT18F1108)
3)
NUR IZZATIE BINTI RAZAKI (02DAT18F1065)
4) FATIN HANANI BINTI AB TAJUL ZAINAL (02DAT18F1055)
5) HANIENAH HUSNA BINTI MOHD IQBAL (02DAT18F1040)

NAMA PENSYARAH: PUAN WAN RUSWANI BINTI WAN ABDULLAH





PENGENALAN


  •   Sebuah organisasi perlu mempunyai matlamat atau objektif pengurusan yang tersendiri.
  •  Objektif pengurusan merupakan sesuatu yang sangat penting  kerana menggariskan hala tuju yang akan dicapai oleh organisasi
  • Maqasid berasal daripada perkataan “maqsud” atau “maqsad” yang membawa erti kehendak dan matlamat
             Maqasid atau tujuan Al-Syariah bermaksud tujuan, natijah atau maksud yang dikehendaki oleh syarak.

            ‘Maqasid’ didefinisikan sebagai mewujudkan kebaikan (maslahah) dan menolak keburukan serta menghilangkan kemudaratan (mafsadah).  (Ahmad Wifaq, 2012 )
Kesemua hukum syariat yang ditentukan oleh Allah SWT demi kebaikan para hamba-Nya sama ada disegerakan atau ditangguhkan.

     ‘’Disegerakan” bermaksud kebaikan segera termasuklah kebaikan di dunia dan segala nikmat yang dikecapi.

    ”Ditangguhkan” bermaksud kebaikan di akhirat iaitu mendapat syurga yang kekal abadi dan dijauhkan dari azab neraka. Hukum syarak adalah hanya suatu ‘medium’ untuk mencapai tujuan tersebut (disegerakan/ditangguhkan).

       Segala perkara yang disyarakkan pasti ada kebaikan untuk dicapai atau kemudaratan yang ingin dijauhi.  ( Allal al-Fasi, 2011)

     Tujuan utama hukum syarak diturunkan ialah mencapai segala bentuk kebaikan dan menolak segala bentuk keburukan atau kemudaratan.

      Setiap hujah ataupun dakwaan yang melibatkan kebaikan dan kemudaratan perlu disokong dengan dalil al-Quran atau al-Sunnah bagi membuktikan kebenaran atau kepalsuannya.



MATLAMAT UMUM SYARIAH (MAQASID SYARIAH)


Menurut konteks pengurusan Islam, objektif umum sesebuah organisasi seharusnya tidak lari dari matlamat umu syariah Islamiyah. Menurut Imam Syartibi dan Al-Ghazali matlamat umum syariah merangkumi 5 komponen maqasid yang sangat mustahak iaitu keselamatan akal, agama, harta, jiwa atau nyawa dan keturunan yang setiap perundangan hukum itu mestilah bertujuan melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, hata, nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia. Maqasid Syariah secara umumnya ialah 5 prinsip yang asas yang berikut:

1. Menjaga Keselamatan Agama


Agama memisah kualiti sebenar seorang muslim dan amat berkait rapat dengan aspek akidah. Dalam konteks organisasi, aspek keagamaan perlu dititikberatkan. Kegiatan yang dilaksanakan hendaklah dijaga agar tidak bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahaman tauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang.

2. Menjaga Keselamatan Jiwa (Nyawa)

Salah satu tujuan atau Maqasid Syariah ialah menjaga dan memelihara jiwa serta tubuh badan manusia. Hal ini mewajibkan seseorang memelihara nyawanya dan nyawa orang lain sejajar dengan firman Allah SWT iaitu:
مِنْ أَجْلِ ذَٰلِكَ كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ أَنَّهُۥ مَن قَتَلَ نَفْسًۢا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِى ٱلْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ ٱلنَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَآ أَحْيَا ٱلنَّاسَ جَمِيعًا ۚ وَلَقَدْ جَآءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِٱلْبَيِّنَٰتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِّنْهُم بَعْدَ ذَٰلِكَ فِى ٱلْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ

" Dengan sebab (kisah pembunuh kejam) yang demikian itu, kami tetapkan atas Bani Israel, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakkan di muka bumi, maka dia seolah-olah membunuh manusia semuanya, dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. "

(Surah Al-Maidah 5:32)

Comments